Datu Mohammad Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua
kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran
Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.
Inggeris
tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh
di Jambongan serta memusnahkan kampung Mat Salleh di Sungai Sugut pada
tahun 1896.
Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Syarikat Berpiagam Borneo Utara bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni di Ambong.
Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau.
Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh. Seterusnya pada bulan
Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau
dengan angkatan tentera yang lebih besar.
Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan membina kota pertahanan
yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.
Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh
tidak dapat ditembusi peluru. Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat
beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk
meminta bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota.
Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri
apabila dikepung musuh.
Tidak lama kemudian, pihak Kompeni menawarkan perdamaian dan Mat
Salleh bersetuju, walaupun ditentang orang-orangnya. Tetapi pada 1899,
Kompeni cuba mengambil alih Tambunan daripada Mat Salleh dan menyebabkan
peperangan tercetus kembali.
Dan akhirnya pada 31 Januari 1900,
kota Mat Salleh tumbang akibat serangan hebat Kompeni yang berjaya
mematahkan pertahanan Mat Salleh. Dan peristiwa itu menandakan gugurnya
Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.
Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat
Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa
Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang
telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1
Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah
mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran
Chartered Company menemui ajalnya'.
Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang
pemberontak, tetapi pada kaca mata rakyat tempatan, dia ialah pejuang
kemerdekaan dan seorang pahlawan. Bagaimanapun, terdapat sebilangan
rakyat tempatan terutama di kalangan keturunan penduduk yang mempunyai
sejarah pernah bertempur atau berperang dengan pihak Mat Salleh, yang
tidak mengiktiraf Mat Salleh sebagai pahlawan apatah lagi pejuang
kemerdekaan kerana Mat Salleh dikatakan berjuang untuk kepentingan diri
dan kumpulannya sahaja dan bukan secara menyeluruh
Trex Titanium Earphones - The Titanium Art Blog
BalasPadam› titanium knee replacement trex-titanium-ear titanium element samsung titanium watch › titanium pan trex-titanium-ear titanium exhaust tubing
x983w5stbiy998 vibrators,sex toys,sex dolls,male sex dolls,Panty Vibrators,horse dildo,anal toys,realistic dildo,horse dildos d538w0ujahi307
BalasPadam